idaman

idaman

Wednesday, March 10, 2010

welcome

pls be my follower.

3 comments:

  1. Hi, surprise? Mmm, apa yg saya nak komen? ..... teruskan usaha. Asalkan ada niat belajar, semua boleh, Subra Boleh!

    ReplyDelete
  2. APLIKASI ‘E-LEARNING ‘ DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA : isu dan cadangan perlaksanaannya
    Wahyu binti Idrus, Yahya Buntat
    Fakulti Pendidikan
    Universiti Teknologi Malaysia
    PERKEMBANGAN ‘E-LEARNING ‘ DI MALAYSIA
    Perkembangan ‘e-learning’ di Malaysia masih baru jika dibandingkan dengan negara-negara barat dan Singapura. Di Malaysia ianya terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan ‘on-line’ yang kebanyakannya ditawarkan di peringkat universiti serta kolej swasta yang mempunyai usahasama dengan universiti luar negara dimana yuran yang dikenakan agak mahal dan tinggi.
    Di Singapura, ‘e-learning’ sudah berkembang dalam bentuk idea membangun ‘on line
    repository’ yang membantu industri pendidikan di negara tersebut untuk membentuk kursus-kursus ‘e-learning’ yang baru atau ‘new learning parts’ yang memungkinkan kerja-kerja pengeditan secara segera dan on-line. Menurut Prof. Denial Tan dari NTU Singapura, 2003. Beliau menyatakan bahawa:
    ‘There’s a lot in common among the tertiary instituions as far as education content is concerned. The content can be broken down into common learning objects which may be an equation, an image, a diagram or full lesson and then recompiled into newlesson or course. This possible only if the educational material has been digitised and
    made available in digital libraries. This way, educational bodies will be able t access
    them to create new learning parts which can be edited on the fly to keep them updated’.
    Kita ketahui bahawa agenda IT Kebangsaan (NITA) telah dilancarkan pada Disember 1996 oleh ‘National IT Council (NITC) yang dipengerusikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia. NITA memberikan garis panduan bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi, ICT dapat digunakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju selaraskan dengan Wawasan 2020 (NITC, 2001). Salah satu inisiatif awal NITC adalah untuk wujudkan Koridor Raya Mltimedia, MSC bagi mencapai NITA. Strategi yang telah dirancangkan oleh NITC ialah ‘e-community, ‘e-public services’, ‘e-learning’, ‘e-economy’, dan ‘e-sovereignty’.
    Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan telah dipertanggungjawapkan untuk menjayakan agenda ‘e-learning’ kebangsaan. Memetik ucapan YB Tan Sri Musa bin Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia semasa perasmian Seminar Pembangunan Pendidikan 2001-2010 iaitu:
    ‘….kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, pembangunan pendidikan yang dirancangkan ini turut mengambilkira pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar di negara ini…usaha ini juga untuk merapatkan jurang digital terutamanya menyediakan kemudahan komunikasi melalui internet ke sekolah-sekolah di kawasan luar bandar.. Ia melibatkan perubahan dasar utama pendidikan negara bagi
    menjana pengeluaran sumber tenaga manusia menjadi negara maju berasaskan sains dan teknologi tanpa mengabaikan kepentingan pembangunan aspek rohani, jasmani damn emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan warganegara yang progresif, dinamik, patriotik dan bersatu padu.….’

    ReplyDelete
  3. e-learning amat berguna pada zaman ini.

    ReplyDelete